Ini Kisah Di Sebalik Majlis Kahwin Mewah Dengan Wang Hantaran RM400,000

0
26286

Tidak dinafikan, sebut saja tentang hal perkahwinan lebih-lebih lagi mengenai duit hantaran, pasti ramai lelaki yang takut.

Mana tidaknya, ramai perempuan sekarang sudah berpelajaran tinggi dan berkerjaya. Namun, wanita ini boleh dikatakan sangat bertuah.

Baru-baru ini tular perkongsian di aplikasi TikTok mengenai majlis perkahwinan mewah seorang wanita yang menerima wang hantaran didakwa sebanyak RM400,000.

Bukan itu sahaja, kos untuk pelamin majlis tersebut didakwa RM100k serta kos untuk katering pula RM100k. Memang mewah sungguh jika kos pelamin sahaja sudah mencecah harga tersebut.

Difahamkan, pasangan mempelai dikenali sebagai Madam Ila dan Fau Zie adalah daripada suku kaum Suluk yang melangsungkan hari bahagia mereka dipercayai di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Apa yang pasti, ramai tergamam melihat majlis perkahwinan wanita itu apatah lagi menelan belanja ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan perkara itu tidak masuk akal kerana tidak mungkin kos pelamin menelan belanja sebanyak itu.

SUMBER: TikTok