Ini Kisah Di Sebalik Video Pak Cik Nak Redah Banjir Deras

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri sehingga ramai mangsa yang hilang tempat tinggal dan lebih meruntun hati menyebabkan kemalangan jiwa.

Semalam tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang netizen yang menyelamatkan seorang warga emas yang sendirian mahu meredah banjir deras. Difahamkan, kejadian berlaku di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh, Pahang yang turut dinaiki air.

Mereka yang berada disitu cuba untuk menyelamatkan pakcik berkenaan namun dimarah oleh warga emas berkenaan. Malah, individu tersebut turut dilibat dengan tali oleh pakcik berkenaan.

Bagaimanapun, orang awam yang berada disitu tidak berputus asa dan terus memujuk untuk dibawa ke pusat pemindahan banjir.

Individu diknelai sebagai Halim itu memaklumkan akhirnya berjaya memujuk pakcik berkenaan. Katanya lagi, sebelum bergerak ke pusat pemindahan, dia sempat meberikan makanan kepada warga emas itu yang sudah satu hari tidak makan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan yang tidak putus asa memujuk warga emas berkenaan.

Ramai yang meluahkan rasa syukur warga emas itu akhirnya dibawa ke tempat selamat. Tidak kurang juga, ada tertanya-tanya di mana keluarga warga emas itu.

Video tular tersebut mendapat maklum balas daripada ahli keluarga pakcik berkenaan yang memaklumkan warga emas itu ada masalah penyakit lupa dan nyanyuk.

SUMBER: TikTok Halim TcG