Ini Kisah Pelajar Buat Duit RM19,000 Dalam 5 Hari, Hanya Jual Baju Di Asrama

Disaat ramai pelajar berseronok ketika cuti selama lima hari baru-baru ini, berbeza buat dua pelajar ini yang memanfaatkannya dengan mencari pendapatan.

Namun, mereka tidak hanya duduk diam sahaja, siapa sangka dua pelajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini iaitu Ahmed Amzar Airil Ammed Mazdan dan Danish Aiman Ahmad Rizal sibuk dengan bisnes mereka.

Mula berkecimpung dengan bisnes baju sejak sebulan lalu, kedua pelajar tersebut habis-habisan mengadakan promosi di asrama berikutan tidak dapat pulang ke rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami pilih bisnes ni untuk koleh sebab pelajar sukakan baju mengikut trend dan pakai secara berkumpulan. Jami kami mudahkan mereka dengan membuat tempahan baju.

“Dalam masa lima hari tu, kami buat secara habis-habisan dari promosi hingga buka tempahan baju menerusi grup WhatsApp dan Facebook,” katanya.

Malah, Amzar berkata pada hari kelima dia bersama Aiman giat lebih aktif pergi dari pintu ke pintu untuk menjual baju. Lebih mengejutkan, dalam masa lima hari tersebut mereka berjaya memperoleh sebanyak RM19,000.

Mengambil jurusan perakaunan dan baru mengenali sejak semestar lalu, kedua mereka sebenarnya mempunyai minat dalam perniagaan.

Amzar yang berasal dari Kelantan sebelum ini pernah mengusahakan bisnes minuman yogurt, manakala Aiman merupakan dari Bangi, Selangor terlibat dalam perusahaan kek.

SUMBER: mStar Online