Ini Kisah Pemuda Kawan Ajak Berbuka Puasa Tapi Akhirnya…

0
25755

Bulan Ramadan ini, ramai tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di luar bersama rakan. Memang seronok dapat berbuka di kedai makan bersama rakan sambil berborak.

Namun, tidak semua perancangan berjalan lancar, namun lebih terkilan jika orang yang merancang tidak pula muncul dan menyepi.

Itulah yang dirasai oleh pemuda ini yang terpaksa berbuka puasa sendirian. Berkongsikan perbualan mesej bersama rakannya di TikTok, pada awalnya rakannya itu yang terlebih dahulu mengajak untuk berbuka bersama.

Pemuda tersebut teruja dan merancang untuk bertemu di sebuah pusat beli belah pada jam 6 petang.

Bagaimanapun, sudah menghampiri jam 7 malam rakannya langsung tidak muncul. Malah, mesej bertanyakan keberadaannya juga tidak dibalas.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami kesedihan pemuda itu. Malah, ada yang meluahkan rasa bengang kerana rakannya itu yang terlebih dahulu mengajak untuk berbuka.

SUMBER: TikTok