Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Kak Long Tampar Anak Di 7Eleven Yang Viral

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video tular di media sosial memaparkan wanita mengamuk apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja kedai serbaneka.

Menerusi video berkenaan, wanita itu dilihat gagal mengawal perasan serta meminta penjelasan daripada pekerja kedai berkenaan mengenai tuduhan tersebut.

Difahamkan, video tersebut dibuat secara live oleh wanita berkenaan yang cuba mempertahankan anaknya yang dikatakan mencuri. Dalam video tular itu, anaknya dilihat menangis teresak-esak dan menendang barangan yang berada di kedai tersebut.

Turut kedengaran, wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Long itu turut meminta pekerja kedai berkenaan membuat laporan polis sekiranya anaknya itu mencuri serta meminta untuk melihat rakaman litar tertutup (CCTV) sebagai bukti.

Sementara itu, di laman Twitter ada netizen mengkritik tindakan biadap anak wanita itu yang dilihat menendang-nendang serta membaling barangan di kedai berkenaan.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyindir perangai kanak-kanak itu pasti hasil daripada didikan ibu yang sangat baik.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan wanita berkenaan mahu membuat live mengenai kejadian tersebut namun sebaliknya memaparkan sisi tidak elok daripada anaknya.

 

Sementara itu, difahamkan semalam pengurus kedai serbaneka itu telah pun memuat naik video menjelaskan insiden tular berlaku di Dungun, Terengganu itu berpunca daripada salah faham.

Kejadian berlaku selepas salah seorang rakan kepada kanak-kanak lelaki itu didakwa mencuri dan memberitahu kepada pekerja kedai itu.

Jelasnya lagi, semakan telah dilakukan menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiada kes kecurian berlaku.

Malah, ibu kepada kanak-kanak lelaki yang tular selepas bertindak memarahi pekerja kedai tersebut tampil memohon maaf di atas ketelanjuran dirinya.

Wanita tersebut juga menarik kembali laporan polis yang dibuat sebelum itu selepas bersetuju menyelesaikan secara baik dengan pihak kedai serbaneka berkenaan.

SUMBER: Twitter @vicenzolorenzo