Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai sedang memarahi dan mendakwa seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk selepas melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.
Menerusi video tular itu, kelihatan pemandu lori tersebut berada dalam kenderaan dalam keadaan sangat lemah. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh.
Meskipun dimarahi wanita berkenaan, pemandu tersebut tidak memberikan sebarang respon dan kelihatan seperti sedang menahan sakit.
https://www.instagram.com/p/CYTZPy4Paii/?utm_medium=copy_link
Bagaimanapun, pihak polis mengeluarkan kenyataan berhubung indisen tersebut bahawa lelaki berkenaan sakit dada sehingga menyebabkan lori hilang kawalan dan melanggar tiga buah kereta yang diletakkan di bahu jalan.
Polis juga memaklumkan pemandu lori berkenaan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Punca kematian disebabkan ‘Myocardial Infraction’. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, pihak polis turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan bagi menghormati keluarga pemandu berkenaan.