Hari ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian di Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaporkan seorang pemuda tidak berkasut terus memasuki ruangan majlis akad nikah.
Pemuda berkenaan juga duduk di atas pelamin sambil berzikir dan mengaji dengan kuat sebelum ditenteramkan oleh pihak keselamatan.
Dalam perkongsian itu, pihak JAWI turut mendoakan supaya pemuda tersebut diberikan kesembuhan dan jalan keluar dalam menghadapi ujian berat di dalam hidupnya. Difahamkan, pemuda berkenaan mengalami tekanan perasan kerana putus cinta.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati terhadap pemuda itu serta mendoakan agar diberi kekuatan untuk kembali bangkit.
Malah, netizen mengakui putus cinta bukan perkara mudah kerana ia boleh menyebabkan kemurungan. Semoga segala urusan pemuda itu dipermudahkan.