Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang pengguna memuat naik keadaan berlaku di dalam bas yang dinaikinya dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Temerloh, Pahang.
Menerusi video itu kedengaran seorang ibu yang memarahi serta memukul anaknya serta menyumpah dengan perkataan yang tidak sepatutnya.
BACA: Maki & Pukul Anak Dalam Bas, Wanita Ini Dikecam Teruk
Tindakan si ibu itu turut ditegur oleh seorang lelaki dipercayai anggota polis di dalam bas berkenan.
Susulan video tular itu, seorang pengguna Facebook Shira Ira berkongsikan mengenai wanita itu selepas bersemuka dengannya.
Menurutnya, wanita tersebut dipercayai mengalami tekanan kerana dihalau oleh ibu mentuanya dan suaminya pula dipenjara disebabkan kes dadah.
Katanya lagi, dua anak-anaknya itu adalah anaknya bersama suami terdahulu dan ibu mentuanya tidak sukakan cucu-cucu tirinya itu.
Difahamkan, wanita itu ke Kuantan untuk mencari kerja namun tidak jumpa bilik untuk disewa dan sementara itu dia dan anak-anak menumpang tidur di masjid.
Kata pengguna Facebook itu lagi, wanita tersebut telah dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan serta diberikan sedikit bantuan untuk meringankan bebannya.
SUMBER: Facebook Shira Ira