Ini Kronologi Kenapa Suspek Sanggup Bunuh Kawan Baik & Potong Tangan Mangsa

Ahad lalu kita dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam di Terengganu melibatkan gadis berusia 19 tahun, Siti Nur Suria yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman serta putus pergelangan tangan.

Bagaimanapun, kes tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh 17 jam apabila pihak polis menahan kawan baik mangsa yang mengaku melakukan perbuatan kejam itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, suspek mendakwa telah menemui mayat Siti Nur Suria tertiarap di ruang tamu ketika pergi ke rumah mangsa pada pukul 9.30 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, polis mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila terdapat kesan lebam dan gigitan pada beberapa bahagian badannya sebelum dia mengaku telah membunuh mangsa kerana berang diperli mangsa.

Berikut kronologi kejadian mengikut laporan Kosmo Online menerusi kenyataan Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik:

Sebelum Kejadian & Punca Kejadian

Suspek mendakwa pada mulanya dia hanya pergi ke rumah mangsa sekadar untuk bersembang kosong. Namun, ketika sedang berbual suspek mendakwa Siti Nur Suria telah merendah-rendahkan dirinya terutama tentang status ekonomi keluarga dan rupa parasnya.

Suspek yang panas hati kemudian telah menyerang mangsa yang kebetulan sedang memegang sebilah pisau untuk menetas lebihan benang pada seluarnya.

Menurut Roslee, suspek dan mangsa kemudian telah bergelut hingga menyebabkan Siti Nur Suria cedera ditetak pada bahagian muka, leher dan dada menggunakan senjata tajam.

Panik apabila mendapati mangsa tidak lagi bergerak selepas ditetak, suspek nekad memotong pergelangan tangan kiri mangsa hingga putus.

Salah seorang rakan mangsa, Nurul Hasmida Che Shapie menunjukkan gambar terakhir Siti Nur Suria (depan bertudung merah) bersama mereka.

Suspek Cuba ‘Reka Cerita’ Demi Selamatkan Diri Tapi…

Bimbang tindakannya itu terbongkar, suspek mencipta plot kononnya insiden itu bermotifkan samun dengan mengambil wang dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Namun, kamera litarĀ  litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah rumah burung walit berhampiran rumah mangsa merakamĀ  kelibat suspek dan motosikalnya berada di rumah tersebut sewaktu kejadian.

Suspek kini direman 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

SUMBER: Kosmo!