Susulan pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu, pelajar sekolah mengikuti Pengajaran-Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) sahaja.
Boleh dikatakan telefon pintar, komputer dan internet antara perkara paling penting sepanjang PdPR berlansung. Namun, lain jadinya apabila ada yang menyalahgunakan kemudahan diberikan
Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Suziana Basa merupakan seorang guru memaparkan perbualan WhatsApp budak darjah 2 sekaligus mengejutkan ramai.
Mana tidaknya, baru sahaja berada di darjah 2 yang berborak mengenai hubungan cinta. Malah turut diwujudkan group WhatsApp single taken.
Lebih mengejutkan, baru sahaja di usia 8 tahun sudah mula menggunakan panggilan manja untuk pasangan seperti baby.
Dalam pada itu, guru itu turut mengingatkan kepada ibu bapa diluar sana supaya peka dan sentiasa memeriksa telefon yang diberikan kepada anak apatah lagi mereka kini sentiasa bersama telefon sepanjang masa untuk pembelajaran.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan perbualan mesej berkenaan. Malah ada yang mengatakan ketika mereka di darjah 2 tidak tahu pun untuk bercinta kerana masih sibuk bermain.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan ini juga punca utama mereka tidak membelikan telefon untuk anak-anak dan lebih baik gunakan sahaja telefon mereka untuk PdPR.
SUMBER: Facebook Suziana