Umum mengetahui minggu lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dilanjutkan sehingga 14 April ini selepas mengambil kira situasi semasa di Malaysia.
Bagaimanapun, ada perlu tahu bahawa PKP fasa kedua yang bermula hari ini akan diperketatkan lagi berbanding fasa pertama. Malah, beberapa perubahan perlaksanaan dilakukan bagi menjadikan PKP kali ini lebih efektif dan berkesan.
Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2
Bermula 1 – 14 April 2020#PrihatinRakyat #DudukRumah #StayAtHome pic.twitter.com/u0VYrGgIrp— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 31, 2020
Hanya seorang dibenarkan dalam sebuah kenderaan
Bagi kenderaan persendirian, walaupun dibenarkan membeli makanan dan sebagainya namun kerajaan menetapkan hanya seorang sahaja boleh berada dalam satu kenderaan.
Waktu operasi premis perniagaan 8 pagi hingga 8 malam
Premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran dan stesen minyak hanya akan dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.
Waktu operasi ini juga turut terpakai untuk sebarang aktiviti penghantaran seperti makanan dan kurier dimana mereka juga tidak dibenarkan beroperasi lebih dari waktu yang ditetapkan.
Pengangkutan awam
Waktu operasi perkhidmatan awam juga kekal dihadkan dari 6.00 pagi hingga 10 pagi, dan dari 5.00 petang hingga 10 malam sahaja.
Manakala untuk perkhidmatan e-Hailing dan teksi dibenarkan beroperasi antara pukul 6.00 pagi sehingga 10 malam.
Antara perkara lain yang tidak dibenarkan adalah aktiviti riadah dan sosial juga sama sekali tidak dibenarkan dijalankan di tempat-tempat awam mahu pun kawasan persendirian pada fasa kedua PKP ini.
Bagaimanapun, kelonggaran untuk golongan autisim dan OKU untuk dapatkan terapi seperti yang dinasihatkan oleh pakar dilarang ianya diadakan secara berkumpulan.