Ini Punca Kenapa Ebit Lew Kena Mohon Maaf Sebab Tolong Pelajar UPSI

Baru-baru ini kelibat penceramah terkenal Ebit Lew mendapat perhatian apabila dia tampil pantas ke hadapan untuk menguruskan proses penghantaran pulang warga pelajar yang terkandas di universiti.

BACA: Ustaz Ebit Lew Menangis Dengar Kisah Makcik Berkerusi Roda

Untuk pengetahuan anda, sesi pendaftaran pelajar universiti dinasihatkan untuk ditangguhkan terlebih dahulu oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berikutan peningkatan kes Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Ebit tampil memberi bantuan pantas buat pelajar universiti yang terkandas di universiti masing-masing.

“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga”

“Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa”

“Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid,” kongsinya dalam muatnaik status bersama surat daripada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menurut kenyataan rasmi UPSI tersebut yang terlebih dahulu menghargai usaha Ebit tersebut, pelaksanaan untuk membantu pelajar universiti berkenaan perlulah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan perlu mendapatkan kebenaran daripada pengurusan universiti dan secara langsungnya dari Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Majlis Keselamatan Negara.

Ini adalah untuk menjaga keselamatan pelajar dan mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku sepanjang perjalanan pulang pelajar-pelajar terbabit.

“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat”

“Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan,” jelasnya lagi.