Ini Punca Kenapa Gerak Khas Siri Akhir Akan Tayang Di TV3

Umum mengetahui drama bersiri Gerak Khas berkisahkan tentang pihak polis menyelesaikan pelbagai jenayah berlaku di Malaysia yang sudah lama disiarkan di kaca televisyen.

Sudah hampir 21 tahun bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak tahun 1999, drama kegemaran ramai itu akan menyiarkan siri akhir pula.

Namun apa yang menjadi perhatian, Gerak Khas The Finale kini difahamkan akan mula ditayangkan di siaran TV3 bermula 4 Disember 2020.

Perkongsian trailer Gerak Khas The Finale di TV3 itu sekaligus membuatkan ramai netizen teruja dan tidak sabar untuk menonton.

https://twitter.com/tv3malaysia/status/1331598707251437574?

Drama Gerak Khas memaparkan pelbagai kisah dan kes jenayah seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, dadah dan sebagainya itu sehingga kini masih menjadi ikutan para pencinta drama tempatan.

Untuk rekod, siri Gerak Khas telah mendapat pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran” pada tahun 2009.