Ini Punca Papan Tanda Family Mart Di Cameron Highlands Berwarna Hitam Putih

Baru-baru ini tular gambar papan tanda kedai serbaneka, Family Mart di Cameron Highlands berwarna hitam putih sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

Sinonim dengan warna ikonik hijau dan biru logo, bagaimanapun papan tanda cawangan di Cameron Highland tampil berbeza pula.

Seperti sudah dijangka, netizen terlebih dahulu mencari sebab dan melakukan carian mengapa papan tanda ini seperti ‘tidak siap’. Malah ada yang berseloroh mengatakan sudah habis dakwat.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter bernama Aqilah memberitahu warna hitam putih itu bukan saja-saja sebaliknya pihak pengurusan mempunyai polisi khas untuk penggunaan papan tanda hitam putih berkenaan.

Kata Aqilah, jika di Jepun, Family Mart akan menggunakan warna hitam putih di kawasan yang terletak dekat dengan keindangan alam semula jadi.

Warna hitam putih digunakan supaya ianya tidak lebih menyerlah berbanding keindahan kawasan tersebut. Katanya lagi, di Nagano, Jepun banyak kedai dengan papan tanda hitam putih.

Tambah Aqilah lagi, sesetengah kawasan di Jepun mempunyai undang-undang khas untuk penggunaan warna dan saiz papan tanda.

SUMBER: Twitter Aqilah