Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.
Kes penderaan masih di bawah siasatan dan menyedari tentang kemarahan orang ramai kerana mewakili pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun, peguam Hafidzah Hassan tampil beri penjelasan lanjut.
Menurut Hafidzah, mereka lebih memilih untuk mempercayai versi klien dan hanya mahu tunggu keputusan yang dibuat dari pihak mahkamah saja. Ujarnya lagi, masih terlalu awal untuk orang ramai untuk berkata apa-apa.
“Jadi kadang-kadang kita tak berada dalam mahkamah jadi apa yang dilaporkan tak dapat nak saksikan secara langsung. Jadi untuk sekarang, masih terlalu awal untuk kita kata itu dan ini terhadap siapa-siapa,” katanya.
Bagaimanapun, di akhir perkongsian itu peguam itu meminta untuk mendoakan agar pihak yang benar akan terbela.
Seperti sudah dijangka, penjelasan dibuat oleh peguam itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan tindakannya adakah dia mengambil kes tersebut untuk menegakkan keadilan atau untuk wang semata-mata?
Dalam pada itu, ada yang berharap agar peguam itu kalah dalam kes adik Bella itu. Malah, diruangan komen video itu, rata-rata netizen menyertakan tanda pagar #justiceforbella.
SUMBER: Beautifulnara