Ini Punca Sebenar Pelajar Kena Buli Sampai Jadi Mangsa Pukulan Ala Bruce Lee

0
5538

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang pelajar dipercayai pelajar asrama dikelilingi sekumpulan pelajar oleh beberapa orang pelajar sebelum ditumbuk dan disepak.

Rupanya, kes buli melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar minggu lalu itu dikatakan berpunca apabila mangsa menegur rakannya agar tidak menonton video lucah.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian didedahkan hasil siasatan dan keterangan yang diperoleh daripada mangsa buli, berusia 13 tahun.

Difahamkan, suspek yang berusia 15 tahun marah dengan teguran mengarahkan enam rakannya untuk mengepung sebelum mangsa ditumbuk dan juga ditendang.

Sementara itu, polis turut merampas 11 unit telefon bimbit yang akan dihantar ke jabatan forensik untuk melihat kandungan di dalamnya.

Dalam pada itu, mangsa kini dalam keadaan stabil dirawat di sebuah hospital di Selangor  dan tidak mempunyai sebarang kecederaan yang serius.

SUMBER: Siakap Keli