Hangat diperkatakan beberapa hari ini dengan tindakan Syed Saddiq yang mahu membotakkan kepala demi mengutip dana untuk membantu warga Muar, Johor untuk memiliki laptop.
BACA: TMJ Kongsi Tips Turun Berat Badan 22 Kg Tanpa Suplemen
Melalui hashtag #BotakChallenge yang digunakan untuk memberikan sumbangan 1 Keluarga 1 Laptop tersebut, rata-rata netizen tidak sabar-sabar untuk melihat Syed Saddiq bergelar YB yang turut membawa maksud – Yang Botak.
Untuk pengetahuan anda, sasaran kutipan untuk merealisasikan Syed Saddiq menjadi seorang jejaka botak adalah RM200,000 dan sehingga kini jumlah terkumpul sudah melebihi RM185,000.
Sementara itu, dalam masa yang sama, dalam beberapa hari ini pun Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan individu yang dilihat semata-mata ingin mendapatkan perhatian.
Dalam kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram (insta Story), TMJ menyatakan pihaknya sudah pun menyumbang RM300,000 untuk anak-anak Muar.
Walaupun TMJ tidak menyatakan dengan tepat, kepada siapa status itu dimuatnaik, Syed Saddiq dalam perkongsiannya di Twitter memohon maaf terhadap perkara berkenaan selain turut berterima kasih di atas sumbangan TMJ sebelum ini.
Terima kasih Tunku Mahkota Johor atas sumbangan yang diberikan ke Muo.
Patik & orang Muo terhutang budi ke Tunku.
Fastabiqul Khairat.
May Allah bless Tunku & family. pic.twitter.com/xLifgTMNf6
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 29, 2020
“Sebagai manusia biasa, patik tidak terlepas daripada membuat kesilapan, patik mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun, sekiranya ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga”
“Sebagai anak jati kelahiran Johor, yang membesar di Johor dan sekolah di Johor, patik dan seluruh keluarga amat terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga selaku pemerintah kerajaan negeri Johor”
“Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi Tunku dan keluarga,” jelas Syed Saddiq dalam perkongsian video tersebut.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.