Baru-baru ini tular video di media sosial amukan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka 7Eleven yang masih lagi hangat diperkatakan netizen.
Selepas isu di 7Eleven, tular pula video memaparkan wanita dikenali sebagai Kak Long itu bertindak biadab di restoran makanan segera KFC.
Susulan video tersebut, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura terus dikecam netizen malah anaknya, Adam dikatakan sebagai kanak-kanak biadab serta kurang didikan.
Bagaimanapun, dalam video terbaru Kak Long mengalirkan air mata serta mengakui sedang mencari ikhtiar mengubah sikap anaknya itu. Ujarnya lagi, dia juga kini sedang berubat.
“Orang yang kenal perangai anak saya, dia tahu. Saya pun sekarang ni tengah berubat. Saya bawa anak jumpa ustaz, saya ikhtiar supaya anak saya berkata molek-molek.
“Alhamdulillah kalau awak nak tolong saya, mari je toling saya. Bukan tolong dengan wang ringgit pun tak apa, tolong didi saya. Yang mana ada ilmu agama, mari didik saya, mari didik anak saya,” katanya.
Dalam video itu lagi, Kak Long mengakui tidak pandai mendidik anaknya itu bagaimanapun tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.
“Saya jumpa ustaz sebab saya ni sebenarnya saya lemah guys. Saya lemah. Saya akui saya tak pandai didik Adam, saya akui. Tapi saya tak boleh cerita sepenuhnya.
“Tak apalah awak anak doa kepada saya buruk-buruk, tak payahlah. Saya takut doa ni berbalik kepada awak. Saya akui kesilapan saya.
“Tapi ambillah pengajaran daripada saya atas benda yang dah jadi. Saya tak boleh diamkan diri sebab saya tak nak lagi daripada kesilapan saya,” katanya.
Mengakui ketika insiden itu terjadi dia tidak dapat mengawal perasaannya, Kak Lon berkata dia juga sama seperti manusia lain boleh berubah ke arah lebih baik.
“Saya manusia, saya boleh berubah bila-bila masa. Sebab tu saya buat live sekarang, saya jaga mulut saya. Cuma hari tu saya tak boleh nak kawal, saya minta maaf,” katanya.
SUMBER: mStar Online