Ini Sebenarnya Punca Pelajar Kena Bayar Starbucks Sampai RM44

Tidak dinafikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan agak penting lebih-lebih lagi untuk memudahkan kerja serta urusan harian.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pelajar MMU yang membuat luahan di Facebook MMU Confessions yang membeli minuman di kafe Starbucks.

Menerusi perkongsian itu, pelajar tersebut berkata dia terpaksa membayar sehingga RM44 untuk minuman tersebut kerana gagal memahami bahasa Inggeris yang digunakan oleh staf kafe berkenaan.

Dek kerana tidak memahami apa yang dikatakan oleh staf berkenaan, pelajar tersebut hanya mengikut apa yang dikatakan sehingga terpaksa membayar harga yang mahal untuk secawan kopi.

Bukan itu saja, pelajar itu berkata dia turut ditertawakan oleh staf berkenaan ketika membuat pesanan.

“Saya tidak mengerti bahasa Inggeris dan hanya menganggukkan kepala. Staf itu mentertawakan saya ketika saya membuat pesanan!” tulisnya.

Perkongsian pelajar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bahawa pelajar tersebut yang salah kerana tidak memahami apa yang dikatakan oleh staf kafe.

Tidak kurang juga, ada yang memberikan komen sindiran meminta pelajar berkenaan untuk belajar Bahasa Inggeris.