Ini Syarat Untuk Keluarkan Duit Akaun KWSP 1 Sebanyak RM60,000

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, rakyat dibenar mengeluarkan wang akaun 2 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengurangkan beban ketika berdepan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, ramai rakyat yang mengeluh dan meminta agar pengeluaran daripada Akuan 1 KWSP dibenarkan.

Akhirnya suara rakyat didengari apabila KSWP mengumumkan pengeluaran wang daripada Akaun 1 buat pencarum yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan.

Pencarum berpeluang memohon pendahuluan sehingga RM60,000 daripada Akaun 1 namun perlu menurut syarat yang ditetapkan

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 bawah RM90,000, mereka mempunyai akses amaun pendahuluan sehingga RM9,000.

Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000, pendahuluan yang diberikan adalah sehingga sehingga RM60,000. Anda boleh lihat jadual dibawah sebagai contoh.

KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas dengan dikreditkan dalam akuan bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat bermula Januari 2021.

Walaubagaimanapun, jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.

Difahamkan caruman baharu itu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan itu digantikan semula dan selepas itu caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

SUMBER: BH Online