Ini Video ‘Remy Ishak’ Rancak Menari Ikut Lagu BLACKPINK

0
42993

Sebelum anda lena dibuai mimpi, ingin kami kongsikan satu video menarik yang jarang-jarang kita dapat saksikan. Baru-baru ini terdapat satu video yang berasal dari TikTok tentang sekumpulan lelaki menari mengikut rentak lagu BLACKPINK – How You Like That

BACA: Zizan Razak Jumpa ‘Kembar’ Tokram, Sombong Juga Katanya

Semuanya kelihatan normal, tapi tidak semena-mena muncul Remy Ishak menari sekali di dalam video yang berlatarbelakangkan beberapa ikon menarik di Paris.

Namun sebenarnya individu di dalam video berkenaan sebenarnya bukanlah Remy Ishak yang sebenar, cuma iras-iras saja.

Tergelak jugalah kami lagi-lagi bila part hujung video tersebut, memang terserlah betul muka Remy di situ.

Malah Remy turut sama meninggalkan komen terhadap video tersebut di Twitter.

Sama bukan? Adakah anda sendiri pernah berjumpa dengan individu yang seiras dengan anda?