Inikah Cerita Di Sebalik Wanita Kelantan Berlagak Mengaku Tak Suka Solat?

0
39841

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila tular video dikongsikan netizen mengenai seorang usahawan kosmetik tanpa segan silu mendakwa dirinya tidak suka menunaikan solat.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat bersembang dalam loghat Kelantan sambil menikmati makan malam bersama beberapa orang kenalannya sambil menjawab soalan ditanya di Facebook.

https://twitter.com/OmgItsSaraa_/status/1398611999387316227

Seperti sudah dijangka, pengakuan berani usahawan itu menimbulkan kemarahan netizen terutamanya masyarakat Islam.

Bagaimanapun, seorang individu @Zesha_ meninggalkan komen mendakwa usahawan itu tiada niat mempersenda agama tetapi memberi sindiran kepada ‘makcik bawang’ yang suka mengutuknya tidak menunaikan solat.

Kata individu tersebut, ketika membuat live berkenaan, anak-anaknya menunaikan solat di dalam restoran. Individu itu berkata usahawan tersebut ‘bermulut’ sebegitu, tetapi tidak bermakna orang luar sewenangnya boleh terus membuat andaian liar.

Apa pun diharap lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan apatah lagi melibatkan hal agama, bimbang disalah tafsir orang ramai.