Sejak kebelakangan ini ada sahaja cerita tak sedap didengar melibatkan geng basikal. Baru-baru ini muncul pula perkongsian seorang pengguna jalan raya yang kecewa dengan sikap pentingkan diri geng basikal di jalan raya.
Menerusi Facebook Danial Maszlan, yang juga seorang penunggang basikal meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir penunggang basikal tidak bertamadun di Hulu Langat.
Jangan kayuh tengah jalan, jalan Hulu Langat ni kecil je
Katanya, dengan keadaan jalan di Hulu Langat yang kecil dia meminta supaya geng basikal tidak kayuh di tengaj jalan. Jika datang dengan kumpulan yang besar, pecahkan kepada kumpulan kecil untuk mudahkan pengguna jalan raya memotong.
Jangan parking depan rumah orang, bila orang tegur jangan lawan
Mengakui geng basikal kebanyakan orang berada, dia meminta supaya jangan meletakkan kenderaan atau basikal di hadapan rumah orang dan alihkan jika tuan rumah sudah memberi teguran.
Danial turut menyindir geng basikal tak guna jika ada duit tetapi tidak ada sensitiviti serta tiada rasa hormat terhadap orang lain. Ujarnya, dia terkilan apabila ada penunggang yang naik suara apabila ditegur.
“Saya faham ramai yang kayuh basikal ni orang berada, tapi tak guna kalau ada duit banyak tapi tak ada sensitiviti menghormati orang. Jgn ingat orang kampung ni takda hati dan perasaan.
“Saya rasa terkilan betul dengar dari cita sahabat saya yang juga berniaga di Langat, bila suruh parking tempat lain , cyclist tersebut naik suara,” katanya.
Tengah pandemik pun nak kumpul ramai-ramai
Danial turut mengingatkan penunggang agar terus peka dengan SOP kerana negara masih lagi belum reda dengan pandemik COVID-19. Dia meminta jika mahu berhenti hanya hadkan mas 10 minit sahaja agar tidak berkumpul beramai-ramai di satu tempat.
“Saya faham, basikal kebanyakan anda mahal, nak orang tengok, nak ushar orang, nak ushar sapa cyclist2 yang tgh in trend sekarang nak ushar artis ride.
“Tapi ingat la, bahawa keselamatan semua lagi penting, nanti covid ni dah habis, korang pasang la kemah kat T junction, peak perez,lepas tu selfie la puas-puas sampai kiamat. Buat masa ni, jaga la keselamatan dulu,” katanya.
Tak payahla pakai support car dekat Hulu Langat ni
“Bila ada keperluan pakai support car, cakap kat driver tuan2” Eh Ali kau tunggu aku kat T junction” suruh driver tu pergi terus ke t junction, or peak perez, jangan la suruh kereta tu duduk belakang peloton.
“Kereta awak je dah Estima, dah tu kereta belakang nak potong driver awak, nak potong peloton awak yang hanya menggunakan speed 20km/h kan dah menyusahkan orang kampung. Better tak payah ada la support car kat langat ni, saya nasihatkan nak ada support bawak la scooter atau EX5,” katanya.
SUMBER: Facebook Danial Mazalan