Iqbal Zulkifli Akui Susah Jaga Anak, Pesan Besar Nanti Jangan Baling Duit Sepertinya

Umum mengetahui, usahawan sensasi Iqbal Zulkifli memaklumkan ada mengambil seorang anak angkat lelaki.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Iqbal mengumumkan lebih lanjut mengenai anak angkatnya yang diberi nama Ahmad Ziyad, dilahirkan pada 23 April lalu.

Dalam entri tersebut, Iqbal mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang bapa dan paling mencabar baginya ketika memandikan bayi yang baru lahir. Bagaimanapun, Iqbal meluahkan rasa syukur anaknya itu tiada meragam dan sentiasa senyum.

Bukan itu saja, Iqbal sempat menitipkan pesanan buat anaknya itu apabila besar kelak tidak mengikut perangainya yang pernah membaling duit sebelum ini.

Malah, Iqbal berkata dia mahu menghantar anaknya itu ke kelas vokal dewasa nanti agar tidak malu di atas pentas. Iqbal turut berpesan kepada anaknya itu supaya tidak sesekali ‘Google’ namanya selagi dia masih hidup.

Terdahulu, Iqbal mengakui sunyi serta meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat. Katanya lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat tersebut.