Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila timbul khabar angin mendakwa ekonomi bakal ditutup dan ‘total lockdown’ akan dijalankan.
Tampil menjelaskan perkara itu Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan penuh sektor ekonomi dengan melaksanakan total lockdown akan menyebabkan 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan.
Ismail Sabri berkata ada yang mencadangkan supaya total lockdown diperkenalkan seperti PKP pertama dulu dengan menutup semua aktiviti perniagaan dan duduk di rumah.
Namun, ada yang tidak bersetuju khususnya peniaga yang mahukan sektor perniagaan dibuka untuk mencari rezeki demi kelangsungan kehidupan.
“Sebanyak 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan, 2.5 juta pekerja terjejas pendapatan dan sukar meneruskan kelangsungan hidup.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kehilangan pendapatan golongan B40 dalam tempoh sebulan dianggarkan RM6.45 bilion dengan purata RM2,400 satu keluarga.
“(Manakala) kumpulan B40 akan hilang pendapatan dalam tempoh sebulan, dianggarkan RM6.45 bilion dengan purata RM2,400 untuk satu keluarga,” katanya.
“Menurut laporan SKM, sejak pelaksanaan PKP pada Mac hingga Oktober 2020, sebanyak 13,445 syarikat telah tutup operasi, tutup operasi bermakna ramai yang telah kehilangan pekerjaan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro