Setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata sulung, pasti tidak sabar membuat persiapan untuk menjalani tempoh berpantang.
Namun, berbeza buat bakal ibu ini kerana persediaannya bukan biasa-biasa. Mana tidaknya, wanita bernama Anes Ayuni ini menghadiahkan kereta mewah Lamborghini buat suaminya.
Memberikan kejutan buat suaminya pada Jumaat lalu, Anes berkata hadiah tersebut adalah ganjaran kerana menjaganya ketika berpantang.
Menurut ibu muda berusia 19 tahun itu lagi, kereta Lamborghini model Huracan Evo warna Turquoise yang dibeli khas buat suaminya itu berharga RM2 juta.
“Alhamdulillah rezeki kami tak pernah putus sejak berkahwin. Suami pun menjaga saya dengan begitu baik ketika kehamilan saya.
“Selain menghargai pengorbanan suami, hadiah Lamborghin itu kerana mahu dia sentiasa di sisi saya sepanjang tempoh berpantang,” katanya.
Bakal menimang cahaya mata sulung pada akhir bulan ini, Anes berkata dia mempunyai alasan mengapa hadiah itu diberikan lebih awal.
“Saya beri hadiah awal-awal sebab masa aberpantang nanti tak boleh pergi jauh-jauh. Ikut perancangan, saya akan berpantang di rumah keluarga saya di Pasir Mas, Kelantan.
“Mengikut amalam berpantang yang sering dilakukan oleh keluarga saya di Kelantan, tempohnya hingga 100 hari. Maka tiga bulanlah suami kena iktu saya berkampung,” katanya.
Dalam pada itu, usahawan muda itu juga mengharapkan yang terbaik daripada suami untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang.
“Saya jangkakan suami bukan sekadar sentiasa bersama saya, tapi dia kena jaga baby siang dan malam. Sebabnya saya kemungkinan akan bersalin secara czer,” katanya.
SUMBER: mStar Online