Isteri Hamil Anak Sulung Dibelasah Sampai Koma, Suami Dipercayai Larikan Diri

Dalam kehidupan rumah tangga pasti ada pasang surutnya namun tolak ansur sangatlah penting. Meskipun tiada persefahaman bukan bermakna boleh mengasari pasangan.

Seperti kisah tular ini, ternyata mengundang kemarahan netizen apabila seorang wanita yang sedang hamil dibelasah sehingga koma.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Fazariah Nordin mendakwa kakaknya, Janidah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas teruk dipukul oleh suaminya sendiri.

Menurut doktor, kakaknya mengalami kecederaan teruk antaranya keretaan tulang belakang, rahang serta bahagian muka. Lebih sebak, doktor memaklumkan kakaknya mengalami pendarahan otak yang teruk sehingga terpaksa melakukan pembedahan otak selama 12 jam.

Kongsi Fazariah lagi, kakaknya itu baru-baru ini ada memuat naik posting mengumumkan kehamilan cahaya mata pertama seminggu lalu.

Malah, Fazariah turut bercerita mengenai peribadi kakaknya seorang yang lemah lembut dan tidak sangka diperlakukan sedemikian rupa.

Lebih kesal, Fazariah berkata abang iparnya itu hanya menghubunginya untuk memaklumkan kakaknya berada di ICU sebelum hilang dipercayai melarikan diri.

Kata Fazariah lagi, keluarganya sudah pun membuat laporan polis untuk mengesan suami kakaknya serta memohon doa orang ramai supaya kakaknya segara sembuh.

SUMBER: Facebook Fazariah Nordin