Sejak sebulan lalu, imej terbaru isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea yang tampil tidak bertudung mengundang kecaman ramai.
Baru-baru ini, Anis dilantik menjadi duta sebuah produk kecantikan namun penampilannya ketika menghadiri pada majlis pelancaran dikritik netizen.
Sementara itu, menerusi satu video Anis meluahkan rasa teruja apabila menjayakan sesi fotografi berkonsepkan Korean selepas dilantik menjadi duta sebuah jenama produk kesihatan.
https://vt.tiktok.com/ZSLRsyNfh/
Anis turut berkongsikan bahawa dia meminati ahli kumpulan Blackpink iaitu Rosé kerana mempunyai personaliti feminin serta lemah lembut.
Malah, Anis berkata dua turut berangan-angan untuk menjadi K-Pop idol serta merasakan dirinya seperti Rosé.
“Pengalaman hari ni sangat best sebab macam konsep Korean, saya pun memang minat K-Pop. Paling saya minat dalam Blackpink ialah Rosé.
“Karakter dia sangat feminin dan lembut, saya suka personalitinya. Kenapa saya ‘feeling’ nak jadi K-pop idol sebab saya rasa saya macam Rosé,” katanya.
Dalam pada itu, Anis turut berkongsikan nasihat yang dititipkan suaminya dalam menjalani kehidupan rumah tangga.
“Dia selalu meminta saya menjaga maruah sebagai isteri, itulah nasihat yang paling saya ingat. Keharmonian rumah tangga.. ia bukan perkara mudah tetapi masing-masing kena ada usaha,” katanya.