Isteri Kantoi Berduaan Dengan Lelaki Bangladesh, Video Ini Buat Netizen Marah

Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna di aplikasi TikTok memaparkan rakaman video seorang wanita dipercayai isteri orang duduk berdua-duaan bersama lelaki yang juga warga Bangladesh di dalam kereta.

Dalam kejadian dipercayai berlaku di Bukit Rambai, Melaka itu, berlaku kekecohan apabila orang ramai dilihat mengerumuni kenderaan berkenaan.

Dapat dilihat dalam video dirakam itu pengguna TikTok itu, si suami tidak dapat menahan rasa marah sehingga menengking isterinya di depan khalayak ramai apabila mendapat tahu perbuatan isterinya itu.

“Kau bodoh ke? Anak laki ada,” jerit si suami.

Si isteri dilihat hanya berdiam diri di dalam kereta manakala lelaki warga asing tersebut cuba untuk melepaskan diri dengan merayu kepada orang ramai yang mengepungnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan si suami yang mungkin bekerja keras untuk menyara anak isteri namun tidak sangka dibalas seperti ini.

“Tinggal je lah bang, abang boleh dapat yang lebih baik dari ni. Semoga urusan abang dipermudahkan,” komen netizen

“Kesian dekat lelaki dia bersungguh-sungguh kerja nak bagi duit dekat anak dan bininya. Tapi bini dia balas macam ni. Ya Allah rasa sakit hati jugak tengok macam ni,” komen seorang lagi netizen.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa marah dengan sikap si isteri yang tidak langsung rasa kasihan dengan anak-anak kerana bersikap sedemikian.

“Kenapa jadi macam ni. Kalau betul-betul dah tak boleh hidup sama mintak lepas cara baik ni pergi buat macam ni tak kesian ke kat anak-anak tu bila tengok video ni,” komen netizen.

Dalam pada itu, selain marahkan wanita berkenaan, netizen juga tidak berpuas hati dengan tukang yang merakam kejadian berkenaan kerana hanya video terlalu sekejap dan cara memegang kamera juga tidak betul.

Apa pun semoga si suami tabah di atas apa yang berlaku. Beutl kata netizen, jika sudah tidak suka boleh sahaja berpisah secara baik daripada menyakiti hati pasangan.

SUMBER: Utusan