Isteri Lega Diceraikan, Suami Kantoi Curang Dengan Gadis 16 Tahun, Siap Lalok Bersama

Sejak kebelakangan ini banyak kita mendengar kisah curang terhadap pasangan. Setiap kali mendengar kisah pasangan dicurangi sememangnya menimbulkan kemarahan ramai.

Baru-baru ini tular video dikongsikan di laman TikTok @malaysianupdatenews yang memuat naik video seorang lelaki kantoi sedang berduaan dengan seorang gadis bawah umur oleh isterinya.

Malah, lelaki itu dengan gadis berusia 16 tahun itu sedang menghisap barang terlarang di dalam sebuah rumah.

Menerusi video tersebut, si isteri dilihat nekad menendang pintu sebuah bilik dimana suaminya dan gadis itu berduaan.

Difahamkan, diruangan komen wanita itu menjelaskan dia mengakui lega apabila diceraikan. Malah, wanita itu dilihat kuat apabila memberitahu tiada lagi air mata untuk ditangisi kerana anaknya bakal menjalani pembedahan.

Komen daripada wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar terus kuat demi anak.

SUMBER: TikTok Malaysianupdatenews