Isteri Penat Urus 3 Anak, Suami Tergamak Bawa Pelacur Balik Rumah

Setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya namun perlulah selesaikan dengan cara baik dan saling bertolak ansur untuk keharmonian perkahwinan.

Namun, wanita ini meminta nasihat untuk berpisah selepas apa yang dilakukan oleh suaminya yang tergamak melakukan perkara tidak masuk akal.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @AbudiAlsagoff, seorang wanita membuat luahan penat menjaga tiga anaknya dan perlu bangun seawal 5.30 pagi. Disebabkan itu, dia menolak melakukan hubungan intim dengan suaminya kerana penat.

Namun, apa yang mengejutkannya apabila suaminya tergamak membawa pelacur balik ke rumah pada keesokan harinya.

Berang dengan perkara tersebut, wanita itu meminta nasihat daripada orang ramai untuk proses penceraian.

Luahan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan tindakan si suami. Kata netizen lagi, jika suami berani bertindak sedemikian besar kemungkinan rumah tangga tidak dapat diselamatkan lagi.

Kata netizen lagi, lebih membimbangkan apa lagi si suami buat belakang si isteri dan berisiko dijangkiti HIV. 

Dalam pada itu, ada netizen lain berkongsikan pengalaman sama dilalui rakannya dimana si suami ada perempuan simpanan dengan alasan isterinya menolak melakukan hubungan intim.