Isteri Penyanyi Terkenal Dedah Suami Langgan Pelacur, Minta Puaskan Nafsu Ketika Berpuasa

Isteri kepada penyanyi Virgoun yang popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla mendedahkan suaminya itu telah berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun yang lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Inara Rusli menerusi Instagram miliknya. Inara mendakwa Virgoun pernah berzina dengan membayar beberaoa orang wanita untuk khidmat seks.

Kata Inara lagi, suaminya itu sebelum ini pernah membuat perjanjian bertulis tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu namun melanggar perjanjian tersebut.

Lebih mengejutkan, Inara mendakwa suaminya meminta untuk melakukan hubungan intim ketika disiang hari di bulan Ramadan.

Malah, dia turut dipaksa oleh suaminya itu untuk mengambil ubat kurus serta diminta untuk membuka purdah.

“Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa, kemana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami,” katanya.

Untuk rekod, Virgoyn dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.

SUMBER: mStar Online