Isteri Rakam Video Myvi Langgar Myvi Tapi Suami Yang Kena Marah

Sebut sahaja Perodua Myvi, pasti ramai kenal dengan model hatchback yang terkenal dengan jolokan ‘King’. Malah, ada sahaja kisah menarik kita dengar mengenai Myvi.

Baru-baru ini tular video di media sosial dimana sepasang suami isteri merakam satu kejadian kemalangan yang berlaku di lebuh raya berhampiran rumah mereka.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kereta berwarna biru terlibat dalam kemalangan dalam keadaan terbalik. Dapat dilihat beberapa kenderaan meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk membantu mangsa terlibat.

@anakmerbuk

@liaremlee

♬ original sound – NasiLemakDagingPower – Anak Merbok

Malah, ada seorang pengguna jalan raya berdiri di lorong kanan untuk memberi isyarat memperlahankan kenderaan.

Mungkin tidak sedar atau tidak nampak isyarat diberikan, sebuah kereta Myvi berwarna putih yang memandu laju di lorong kanan merempuh pembahagi jalan serta menghentam sebuah lagi kereta myvi apabila nyaris melanggar orang dihadapnnya.

Pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua Myvi berwarna putih itu melanggar sebuah bas yang berada berhampiran.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut melihat situasi berkenaan.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian netizen adalah celoteh isteri yang merakam video tersebut yang tak semena-mena memarahi suaminya sedangkan tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.

Lebih membuatkan netizen terhibur, si isteri bersungguh-sungguh bercerita meskipun suaminya berada di sebelahnya. Tidak kurang juga ada yang geram apabila telefon bergerak ketika merakamkan insiden mencemaskan itu.

SUMBER: TikTok