Isteri Sanggup Bunuh Suami OKU Demi Harta RM2 Juta & Duit Insurans

Terkejut dan tak percaya. Itulah reaksi ketika membaca mengenai kejadian yang berlaku di Kajang ini. Tidak ubah seperti dalam drama pun ada juga. Seorang isteri sanggup merancang pembunuhan suaminya demi harta dan wang insurans.

BACA: Gara-Gara Minta Gambar Tasik Dari Doktor Amalina, Nasib Suami Ini Menjadi Persoalan Netizen

Memetik laporan BH Online, suspek yang berusia 45 tahun dalam masa yang sama turut mengupah adik lelakinya berusia 42 tahun untuk menjayakan rancangan tersebut. Details mengenai kejadian adalah seperti berikut:

1. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 1 Oktober lalu. Suspek didakwa menyuruh adik lelakinya datang ke rumah mereka di Jalan Jati, Rumah Murah PKNS, Kampung Sungai Chua, Kajang di sini untuk membunuh mangsa.

2. Berikutan kejadian itu, suspek membuat satu laporan polis mengatakan suaminya disamun seorang individu tidak dikenali sehingga cedera selain menyatakan bahawa rantai emas yang dipakainya turut dilarikan.

3. Mangsa yang berumur 59 tahun itu cedera di kepala dan dimasukkan ke Hospital Kajang untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Namun, siasatan polis mendapati wujud keraguan dalam laporan.

Menurut portal berita itu lagi, mangsa yang meninggal dunia pada 10 Oktober itu adalah orang kurang upaya (OKU) yang mengusahakan perniagaan lori dan besi buruk.

Selain itu dia turut dikatakan mempunyai dua isteri dan enam orang anak berusia lingkungan belasan tahun dan 20-an.

Kesan darah di tempat kejadian. Gambar Ihsan Harian Metro

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa dipukul di kepala menggunakan tukul dan senjata berkenaan sudah pun dirampas.

Kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majisret Kajang esok untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.