Isteri Takut Nak Bersama Lepas Kahwin, Akhirnya Diceraikan Suami

Setiap pasangan yang berkahwin setiap pasangan perlu menjalankan tanggungjawab mereka tidak kira dari segi zahir mahupun batin.

Namun, ada yang berdepan masalah seperti yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila didiagnosis menghidap Vaginismus.

Ramai yang tidak tahu, Vaginusmus merupakan satu masalah kesihatan seorang wanita terlalu takut atau fobia melakukan hubungan kelamin dengan pasangan. Keadaan itu menyebabkan faraj tertutup dan bertukar keras seperti dinding.

Baru-baru ini seorang pengguna dikenali sebagai Dr. Kash Mustafa yang berkongsikan mengenai penderitaan dilalui oleh seorang wanita merupakan pesakit Vaginismus.

Menerusi video itu, pesakit wanita itu telah bersedia untuk melakukan rawatan memulih keadaannya itu namun diceraikan suaminya yang tidak mampu lagi untuk bersabar.

“Doktor, saya nak cancel rawatan bulan depan. Suami ceraikan saya juga akhirnya. Rawatan ni dah tak ada makna untuk saya,” tulisnya.

Dr. Kash juga berkata sokongan suami sangat penting untuk menyembuhkan Vaginusmus kerana ianya melibatkan emosi.

“Sokongan suami sangat penting untuk kesembuhan, benda ni libatkan emosi. Makanlah jamu atau ubat peransang pun, kalau dalam tak suka atau takut memang tak jadi,” tulisnya.

Diruangan komen, ramai yang memberikan pelbagai reaksi dimana ada yang baru tahu tentang penyakit tersebut. Malah, ada yang menitipkan pesanan kepada para suami berdepan masalah ini supaya mempertahankan rumah tangga.

SUMBER: TikTok