Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Muhammad Izzat.
Nampaknya, ia mungkin pengalaman tidak dapat dilupakan oleh lelaki berkenaan. Mana tidaknya, menerusi video itu lelaki tersebut sedang menunggu isterinya untuk membuka pagar utama perumahannya.
Difahamkan isterinya bertindak mengunci pagar utama taman perumahannya gara-gara suaminya itu pulang lewat ke rumah.
Dapat dilihat raut wajah isterinya seperti mahu marah suaminya, tetapi lelaki berkenaan tidak takut malah sempat berseloroh mengatakan jika videonya itu tular, dia akan berkahwin dua.
“Naik FYP aku kahwin dua lah guys. Tak goyang punya,” tulisnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan isterinya sememangnya berani dan ini barulah akak kawasan yang sebenar. Malah, ada yang bergurau mengatakan nampaknya satu taman kena balik awal.
Tidak kurang juga ada yang bertanyakan adakah isterinya itu ketua persatuan taman perumahan kerana mempunyai kunci kepada pintu utama itu.
SUMBER: TikTok