Isu Bercerai Dengan Isteri Kedua, Ini Reaksi Zainal Abidin

Sejak petang tadi hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Fyna Jebat apabila suaminya, bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan dilapor sudah menceraikan penyanyi tersebut.

Lebih mengejutkan, perkara itu turut disahkan oleh saudara terdekat Zainal yang mendedahkan pasangan itu sudah dua minggu bercerai.

Sementara itu, mStar Online melaporkan menghubungi Zainal untuk mendapatkan reaksinya mengenai isu tersebut namun diberitahu dia sedang memandu ke lokasi latihan bola sepak.

Zainal turut meminta untuk menghubunginya semula sebelum mematikan panggilan.

Bagaimanapun, cubaan mStar menghubungi Zainal semula tidak berjaya apabila ianya tidak berjawab dan mesej WhatsApp juga tidak dibalas.

Dalam pada itu, mStar berusaha untuk mendapat kenyataan Fyna mengenai perkara itu namun tidak berjaya apabila penyanyi itu tidak mengaktifkan telefon.

Sebelum ini, tular komen anak Zainal iaitu Zahira Aisyah yang memaklumkan bapanya sudah menceraikan isteri keduanya itu. 

SUMBER: mStar Online