Isu Disindir Puteri Balqis, Qistina Raisah Menangis Sampai 4 Hari Tak Buka Media Sosial

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai di media sosial mengenai isu Puteri Balqis yang didakwa menyindir pelakon remaja, Qistina Raisah.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Qistina memberi respon mengenai dakwaan berkenaan dengan menegaskan dia tiada masalah dengan Balqis.

“Saya tak nak cakap banyak-banyak, saya tak ada masalah dengan dia, habis macam ini sajalah. Kalau dia dah tak nak cakap apa-apa pada saya, saya dah tak kisah sebab saya tiada masalah dengan dia. Life goes on,” katanya.

Menurut Qistina lagi, dia mengakui sedih dengan isu tersebut, malah dia sudah beberapa hari tidak menggunakan media sosial kerana tidak mahu melayan komen-komen negatif.

“Sedih sedikit sebab orang seindustri cakap begitu pada saya, sebenarnya kalau ikutkan saya tak nak hati saya busuk, dah dekat empat hari saya tak tengok media sosial, tak nak tengok komen.

“Bukan terasa cuma nak bersihkan hati, tak terkesan pun. Ada lah nangis sikit sebab tak sangka orang buat begitu.

“Netizen nak cakap terpulanglah, yang paling penting adalah orang terdekat sokong dan tahu keadaan sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 14 tahun itu berkata dia tiada masalah jika Balqis tidak mahu bercakap dengannya kerana ianya bukan boleh dipaksa.

“Pada hari pertama kejadian, ibu saya ada hubungi dia untuk selesaikan benda ini, nak beritahu yang kita tak ada masalah dengan dia tapi kita tak dapat apa-apa respons.

“Tidak mengapa, saya teruskan hidup saya je lah. Saya okey sahaja kalau dia tak nak cakap dengan saya, dah kalau orang tak suka kan, takkan lah nak paksa.

“Tak kisah, pergi kemana sahaja saya tetap gembira, tetap tegur. Tak satu set, mungkin satu acara sebab kita industri yang sama,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Puteri Balqis meluahkan rasa bengang terhadap seorang pelakon namun tidak didedahkan namanya. Balqis berkata pelakon tersebut didakwa mempunyai sikap suka memerli individu lain tanpa sebab termasuk dirinya.

SUMBER: Xtra, Melodi