Isu Hanafi Curang, Jabatan Kesihatan Akan Siasat Lebih Terperinci

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, difahamkan wanita berkenaan membuat pendedahan tersebut untuk mencari keadilan buat dirinya serta anaknya.

Isu tular itu turut mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerusi satu kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

Menurut Pengarah JKNJ, Dato’ Dr. Aman bin Rabu, perkara itu dianggap serius kerana telah melanggar etika dan integriti penjawat awam. Katanya lagi, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, jabatan juga turut mengambil berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyiarkan isu berkenaan di media sosial.

Diakhir kenyataan itu juga pihaknya turut mengingatkan kepada semua anggota supaya menggunakan saluran sedia ada di dalam jabatan dalam menyampaikan aduan.