Isu Takut Mati, Ini Jawapan Kemas Daripada Dr Noor Hisham

Dek kerana mulut Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing lantang menyebut ‘DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati’ pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021, kecoh Dewan Rakyat seketika.

BACA: Tindakan Fahmi Reza Lukis DG Hisham Dalam Mangkuk Tandas Buat Netizen Marah

Penyudahnya, kekecohan itu juga menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar dewan selepas enggan akur kepada arahan Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman, yang meminta beliau duduk.

Di dalam situasi sebegini, tidak perlu rasanya mengeluarkan kenyataan sebegini tapi benda sudah pun jadi.

Menjawab dakwaan tersebut, Dr Noor Hisham menjelaskan beliau tidak mempunyai masalah jika berselisih pendapat tapi penghujungnya biarlah kita ada niat yang sama.

“Tidak timbul isu takut mati. Sebagai orang Islam kita terima kematian di mana-mana ia akan berlaku, bukan hanya turun padang atau tidak,” jelasnya seperti yang dilaporkan BH Online.

Selain itu, menurut Hisham, Kementerian Kesihatan telah pun membuat perancangan khusus di Sabah malah dia turut turun padang pada akhir Ogos lalu untuk melihat pengurusan kesiapsiagaan kita dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Kita boleh selisih pendapat tetapi yang pasti apa yang kita laksanakan adalah untuk memutuskan jangkitan COVID-19 supaya kita dapat selamatkan negara kita daripada peningkatan kes dan kematian,” katanya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.