Isu Trademark Harimau Menangis Dah Sampai Thailand, Netizen Malaysia Sepakat Mohon Maaf

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan netizen kurang senang apabila ibu Neelofa, Datin Noor Kartini mahu ‘trademark’ Harimau Menangis. Setelah pelbagai kecaman diterima, Noor Kartini telah pun membatalkan permohonan tersebut serta memohon maaf.

Bukan hanya di Malaysia, rupanya isu permohonan tersebut telah pun tular sampai ke Thailand. Menerusi Twitter, seorang pengguna @Cake_journey yang merupakan warga Thailand berkongsi isu berkenaan.

https://twitter.com/Cake_journey/status/1349553395267379201

Difahamkan, pengguna tersebut menulis tentang isu pendaftaran nama makanan yang berasal dari Thailand itu dan perkara itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang netizen dari negara berkenaan.

“Salah satu syarikat swasta di Malaysia telah mendaftarkan ‘trademark’ ke atas ‘Crying Tiger’ (Harimau Menangis) dengan mendaftar ia sebagai warisan intelektual.

“Tetapi ianya tidak dipersetujui oleh warga Malaysia kerana mereka tahu jika menu ini adalah berasal daripada Thailand. Perbalahan ini juga telah melambatkan pendaftaran itu untuk diluluskan,” tulisnya.

Susulan itu, rata-rata netizen Malaysia telah meminta maaf kepada rakyat Thailand serta menyatakan bahawa rakyat Malaysia turut tidak setuju dengan tindakan pengasas Aunty Tini Kitchen itu.

Terdahulu, Kartini berkata permohonan trademark bagi jenama ‘Harimau Menangis’ itu akan dibatalkan dalam masa terdekat dan berharap keputusannya itu dapat meredakan kontroversi tersebut.

SUMBER: Twitter