Baru-baru ini perkongsian usahawan Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM menjadi bualan ramai apabila memuat naik video membenarkan anak perempuan menghisap rokok.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia masih rasional untuk tidak memberikan sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan anaknya.
“Seperti yang saya katakan anak saya hisap rokok tanpa tembakau dan ia berlaku di bawah kawalan saya serta didepan mata sendiri.
“Ia hanyalah momen untuk kami imbau kembali aktiviti yang pernah saya buat bersama arwah datuk ketika saya kecil. Saya juga hisap rokok daun tanpa tambakau,” katanya.
Dalam pada itu, Kak KM tutur memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan perkongsian videonya itu serta tiada niat untuk mencetuskan kontroversi.
“Jika ada yang kurang senang, saya minta maaf. Tiada niat untuk cipta kontroversi seperti ini,” katanya.
Terdahulu, susulan video tersebut, Kak KM dikecam teruk oleh netizen, malah ada yang melabelnya seorang ibu yang gagak mendidik anak.
Untuk rekod, tindakan tersebut boleh didakwa di bawah Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan anaknya kepada amalan tidak bermoral.
Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau keduanya jika sabit kesalahan.
SUMBER: mStar Online