Jabatan Meteorologi Malaysia Nafi Cuaca Di Malaysia Akan Sejuk Macam London

Buka saja Whatsapp, macam-macam perkongsian yang ada, dari group keluarga sehinggalah kepada group kenalan dan daripada semua itu, mesti ada orang yang jenis kongsi apa saja – walaupun berita tak sahih.

BACA: Video Cemas Abang Foodpanda Tolong Polis Ini Viral Sebab Tukang Rakam Mencarut Lembut

Baru-baru ini ada juga lalu dalam group Whatsapp kami tentang cahaya sejuk yang melanda Malaysia ketika ini. Tak dinafikan, keratan akhbar itu kelihatan sungguh meyakinkan.

Namun malangnya jangan cepat sangat bermimpi Malaysia nak sejuk macam di London. Untuk pengetahuan, keratan akhbar ini telah pun terlebih dahulu tersebar pada tahun 2016.

Berikutan cuaca sejuk baru-baru ini, ia kembali diulang siar sehingga menyebabkan ada yang percayakan perkara ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan bahawa cuaca musim sejuk seperti kota London bakal melanda Malaysia pada Februari nanti.

MetMalaysia menjelaskan, cuaca sejuk yang dialami di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya Pantai Timur dan Pantai Barat ketika ini adalah disebabkan keadaan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari, akibat luruan angin sejuk yang melanda negara.

“Selain itu, keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas, turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang lebih sejuk daripada biasa,” menurut kenyataan itu.

Pada 3 Januari lalu, suhu harian minimum terendah direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21 hingga 22°C.

Sumber: Harian Metro