Sebut saja nama Jebat Jayden, sememangnya ramai mengenali anak tunggal pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila.
Malah, ramai suka melihat telatah comel Jebat. Mana tidaknya, baru saja berusia empat tahun, sudah petah bercakap. Jebat juga sangat minat dengan Spiderman sehingga dibeli gelaran ‘Fiderman’ oleh ibu dan bapanya.
Baru-baru ini, video telatah Jebat yang dikongsikan oleh Nabila sekali lagi menjadi bualan ramai. Menerusi video itu, Jebat berlakon seperti seorang doktor yang merawat pesakit.
Apa yang menjadi perhatian adalah percakapan Jebat dalam Bahasa Melayu yang semakin petah serta cukup unik.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan Jebat menggunakan bahasa baku serta berseloroh mengatakan kanak-kanak itu menggunakan bahasa Kamus Dewan.
Dalam pada itu ada yang mengatakan wajah Jebat sememangnya mirip Nabila namun perangai dan percakapan seperti bapanya, Sharnaaz.
SUMBER: TikTok