Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hanyat. Namun, tiada siapa dapat jangkakan apa akan terjadi di masa hadapan.
Baru-baru ini tular perkongsian di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Shuhada apabila rumah tangganya tidak dapat bertahan lama.
Menerusi video dikongsikan, wanita itu memberutahu sebab mengapa dia bercerai adalah kerana kerana sikap panas baran bekas suaminya.
Dalam entri berkenaan, wanita itu memberitahu tanggal 8 Januari lalu, dia dah suami sah bercerai selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Meskipun sudah bercerai, Shuhada mengakui lega namun tetap mendoakan kebahagiaan buat bekas suaminya itu serta berharap tidak mengulangi sikap panas barannya dengan orang lain.
Memetik laporan Kosmo! difahamkan bekas suaminya juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah sehingga emosinya sukar untuk dikawal serta mempunyai teman wanita yang lain.
Sementara itu, diruangan komen video tersebut rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan.
Malah, ramai yang mengagumi wanita tersebut yang terus bertindak untuk ‘angkat kaki’ segera sebelum terjadi perkara tidak diingini.