Jadi Punca Banjir? DBKL Jumpa Teddy Bear Besar Dalam Longkang

Setiap kali hujan lebat atau berpanjangan, pasti warga Kuala Lumpur mula bimbang jika kawasan mereka dilanda banjir.

Malah, sejak kebelangan ini sudah banyak kali terjadi ibu kota Kuala Lumpur dilandar banjir meskipun hujan lebat selama berapa jam sahaja.

Seperti kita tahu, masalah yang menjadi punca terjadinya banjir kilat saliran longkang yang mempunyai banyak sampah sehingga tidak dapat mengalirkan air hujan dengan baik, pembangunan tidak terkawal dan pelbagai faktor lain.

Dua hari lalu, perkongsian di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merakamkan pembersihan longkang tersumbat di kawasan banjir ternyata mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, pihak DBKL menemui teddy bear besar yang dibuang ke dalam longkang di Bulatan Merdeka.

Kesal dengan penemuan tersebut, tindakan tidak bertangunggjawab individu yang membuang barangan tersebut begitu sahaja boleh menyebabkan longkang tersumbat dan terjadi banjir kilat.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut dengan penemuan berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKL atas pembersihan tersebut serta meninjau kawasan yang sering berlaku banjir kilat di ibu kota.