Jadikan Cium Bibir Anak Angkat Satu Tradisi, TikTok Lelaki Ini Disekat

Sejak semalam tular mengenai video TikTok memaparkan seorang lelaki mencium mulut ke mulut seorang kanak-kanak iaitu anak angkat keluarganya.

Lebih mengejutkan, lelaki itu mengatakan budaya mencium mulut ke mulut sudah menjadi tradisi dalam keluarga mereka.

Tindakan lelaki itu mengundang kecaman netizen yang terkejut apatah lagi mulut dikategorikan sebagai private part yang tidak boleh disentuh sesuka hati oleh orang lain.

Seorang penceramah bebas Akhi Fairuz berkata dia turut menerima mesej daripada indvidu yang berkongsikan ‘pengalaman’ dengan lelaki tersebut.

Beliau turut menyeru mereka yang pernah diperlakukan seperti di dalam video oleh lelaki berkenaan diminta untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Terbaru, difahamkan akaun TikTok lelaki berkenaan yang menggunakan nama @papa_idola_semalaya telah pun disekat. Apa pun kita nantikan sahaja tindakan daripada pihak berwajib tentang isu ini.

SUMBER: Twitter