Jakim: Ucapan ‘Merry Christmas’ Boleh Jejaskan Sijil Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberitahu ucapan perayaan agama selain Islam pada produk boleh menjejaskan penganugerahan sijil halal.

Memetik laporan portal ini, seorang pegawai kanan Jakim berkata, terdapat syarat perlu diikuti sebelum sesebuah syarikat atau premis makanan dianugerahkan sijil halal.

Baru-baru ini, seorang lelaki terkejut sebuah kedai kek menolak permintaan seorang pelanggan untuk menulis ucapan “Merry Christmas” di atas sebiji kek.

Difahamkan kedai tersebut dalam proses untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim. Susulan itu, ucapan ‘Selamat Bercuti’ ditulis pada kek tersebut.

Sementara itu, menurut penjelasan Jakim tiada larangan khusus untuk ucapan seperti ‘Merry Christmas’ kepada produk yang disahkan sebagai halal.

Namun, ucapan itu tidak boleh dipamerkan dalam premis yang dipersijilkan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas seorang pegawai unit komunikasi Jakim mengesahkan kepada MalaysiaNow tentang larangan itu dengan merujuk kepada garis panduan pensijilan halal.

Ucapan ‘Merry Christmas’ sering menjadi perdebatan ramai apabila segelintir golongan pendakwah melarang orang Islam mengucapnya kerana ia dikatakan memuja agama Kristian.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.