Jangan Seronok Sangat Nikah Di Siam, Lelaki Dedah Derita Menanti Wanita

Sejak kebalakangan ini banyak kes perceraian melibatkan perkahwinan kedua secara rahsia tanpa pengetahuan isteri. Malah, ramai yang memilih untuk bernikah di Thailand tanpa perlu melalui prosedur yang melecehkan.

Tidak kurang juga ada yang membuat keputusan untuk bernikah di Siam kerana tidak mendapat restu daripada keluarga. Dek kerana mahu mengambil jalan pintas, namun ramai yang tidak tahu risiko menanti para wanita.

Baru-baru ini seorang lelaki yang pernah bertugas di mahkamah syariah berkongsikan pengalamannya dimana kebanyakan isteri yang bernikah di Thailand sering dianiaya. Lebih parah apabila pernikahan tersebut tidak didaftarkan dibawah undang-undang Malaysia

Ujar Faisal Rahim, apabila tiada sijil nikah akan menyukarkan proses pendafraran anak-anak dan pengabaian hak boleh berlaku.

Bukan sahaja isteri teranaiya, malah anak-anak juga dikira sebagai anak tidak sah taraf meskipun perkahwinan ibu bapanya sah.

Jika berlaku kematian suami, isteri tiada hak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan. Malah, tidak boleh mengeluarkan segala duit simpanan dan KWSP milik suami.

Lebih menakutkan, suami boleh meninggalkan isteri yang dinikahinya di Thailand bila-bila masa sahaja tanpa rasa takut memandangkan pernikahan mereka tidak didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

Faisal juga turut menasihati kaum wanita agar berfikir panjang terlebih dahulu jika lelaki mengajak untuk bernikah di Siam. Ujarnya, jika terpaksa berkahwin juga segeralah mendaftar perkahwinan di pejabat agama.

Jelasnya lagi, mereka hanya akan didenda sebanyak RM3,000 (di Selangor) kerana nikah di luar kawasan.

Katanya lagi, jika lelaki tersebut benar-benar ikhlas cintakan seseorang wanita itu pasti dia akan berani ntuk mendaftarkan perkahwinan.

Kongsinya lagi, banyak kes terjadi wanita berkahwin di Thailand dianiaya oleh keluar suami dan isteri lain. Malah, ada yang hidup sebagai suami isteri bertahun lamanya namun tidak mendapat hak apa-apa.

SUMBER: Twitter