Jarang Orang Buat, Lelaki Ini Boleh ‘Tertinggal’ Mak Di R&R

Selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, ramai ambil peluang untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga selepas sekian lama menanti.

Setiap kali berjalan jauh, tak sah rasanya jika tidak berhenti di Kawasan Rehat Dan Rawat (R&R). Tetapi pernah tak anda berdepan situasi dimana penumpang tertinggal di R&R?

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna TikTok @roymuhd_, dimana dia berdepan situasi berkenaan apabila ibunya tertinggal di Kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) hentian sebelah Tangkak.

@roymuhd_

Nasib Baik Baru Gerak,Borak2 Tgok Belakang Mak Aku Takde, Tertinggal Kt RNR..Ingatkan Tido,kluar tak bagitau🤣🤣 #alkisah #maktertinggalktRNR #fypシ

♬ bunyi asal – ᏒᎧᎩ MUHD ®️ – Ꮢoу Muɧd ®

Menurut Roy, mereka sekeluarga tidak perasan ibunya keluar dari kereta kerana menyangkakan ibunya sedang tidur.

Katanya lagi, selepas bergerak dari R&R dan sedang sibuk berborak, dia perasan ibunya tiada dibelakang. Malah, adiknya juga tidak perasan ibu mereka tiada kerana sedang tidur.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana sedar ibunya tiada ketika perjalanan masih belum jauh dan segera kembali ke R&R berkenaan.

Sebaik tiba di R&R berkenaan, ibunya dilihat sedang menunggu di gazebo dan ibunya mengatakan berdebar apabila ditinggalkan.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan ibunya itu dan masih boleh tersenyum walaupun ditinggalkan.

Sementara itu, ada beberapa netizen turut berkongsikan pengalaman mereka ditinggal di R&R. Malah, ada yang mengatakan pernah ditinggal hingga terpaksa mengejar kereta yang membawanya.

Apa pun diharap selepas ini periksa dahulu penumpang didalam kereta sebelum memulakan perjalanan. Nasib baik perasan cepat, risau dah sampai destinasi baru perasan tak cukup penumpang.